Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksHome

KOLEKSI MANUSKRIP LAMA

Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) melalui Cawangan Dokumentasi dan Arkib, Bahagian Penyelidikan, Dokumentasi dan Pengiktirafan juga berperanan dalam memelihara, memulihara, mendokumentasi dan menerbitkan Manuskrip Lama. Setakat ini, jumlah manuskrip asal dalam simpanan DBP adalah sebanyak 109 naskhah. Tajuk-tajuk utama atau kategori-kategori manuskrip adalah seperti berikut:

  1. Hikayat Dang Amas
  2. Hikayat Dang Rokam
  3. Hikayat Dang Pandan Larangan
  4. Hikayat [Dang Ungsu Cermin Alam]
  5. Hikayat [Dang Suasa]
  6. Hikayat
  7. Manuskrip Tanpa Judul
  8. Syair
  9. Kitab

KOLEKSI DIANGDANGAN

Diangdangan dikategorikan sebagai sastera lisan dalam kesusasteraan Melayu Brunei dan merupakan sebuah penceritaan yang disampaikan secara lisan dalam bentuk berlagu berdasarkan ingatan pendiangdangan. Diangdangan dalam simpanan Dewan Bahasa dan Pustaka, melalui Cawangan Dokumentasi dan Arkib, Bahagian Penyelidikan, Dokumentasi dan Pengiktirafan adalah berbentuk pita rakaman dan terbahagi kepada 11 tajuk utama, seperti berikut:

  1. Diangdangan Kamaruddin II
  2. Diangdangan Tuan Pemagat
  3. Diangdangan Sultan Muda Pukul Gelombang Anak Sri Pemagat
  4. Diangdangan Sultan Muda Bunga Teluput Adik kepada Sultan Muda Pukul Gelombang
  5. Diangdangan Sheikh Abd Rahman dari Negeri Kaling
  6. Diangdangan Si Merchu Gunung
  7. Diangdangan Awang Si Kanak Berjambul Merah
  8. Diangdangan Bujang Si Labu
  9. Tuan Pemegat Ular Menjaul
  10.  Diangdangan Si Bujang Maliwala
  11.  Diangdangan Bungku Kesian

Untuk keterangan lanjut, bolehlah menghubungi atau mengunjungi:

Bilik Bacaan dan Rujukan 
Cawangan Dokumentasi dan Arkib
Bahagian Penyelidikan, Dokumentasi dan Pengiktirafan
Tingkat 2, Dewan Bahasa dan Pustaka
Jalan Pembangunan, Lapangan Terbang Lama
Berakas BB3510
Negara Brunei Darussalam
Tel: +673 2382511 Sambungan 149